RAYA VS ASSIGNMENT

By Jimmy@Su.Next on 11:52 PM

comments (0)

Filed Under:

Raya semakin hampir tiba, dan dateline untuk asignment juga sudah semakin hampir ke kemuncaknya...Maka berlakulah pertembungan epik antara dua subjek ini yang sememangnya sudah menjadi adat untuk pelajar-pelajar sepertiku saban tahun dan saban semester. Jadi di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan-rakan yang telah bersama sama menempuh kehidupan selama ini.. semoga raya tahun ini bakal menjadi hari raya yang sempurna(bak kata Awie dalam lagu "Raya Yang Sempurna")hehe...Jaga diri, jaga makan, jaga minum...jaga semua....yahoooooooo....selamat berhari raya, ucapan ku untuk semua..tralalala....
Aiseh...teringat asigmnet la plak...isk2....

PENATNYA...

By Jimmy@Su.Next on 8:02 AM

comments (0)

Filed Under:

Hari ini genaplah lima hari aku menjalani praktikal disebuah syarikat penerbitan merangkap penerbitan di S.Alam...ada sebulan lebih lagi aku perlu lalui untuk menamatkan sesi praktikal aku bagi subjek sem depan..tapi gua praktikal 2 bulan je beb..huhu...kalau macam orang lain tu kebiasaannya 3 bulan or 6 bulan baru afdal...tak begitu?..

Ehmm..walau apa pun..pengalaman praktikal di sebuah syarikat yang agak popular jugaklah, sedikit sebanyak memutikkan rasa seronok dan enjoy di dalam diriku ini..walupun banyak kerja2 yang telah diberikan oleh staf terlibat..adehh..tapi xpe...aku seronok dlam kepenatan kerana minatku disitu maka begitulah tugasku...,
setakat ni kerja aku adalah membuat design untuk print ad untuk dimasukkan dalam majalah2 tempatan untuk mempromosikan company tmpat aku praktikal ni...heh..tunngu jelah nanti hasil karyaku dipublishkan kelak yer...salam...

TERNAK LINTAH

By Jimmy@Su.Next on 8:07 PM

comments (0)

Filed Under:

Ada seseiapa yang pernah ataupun berminat untuk menternak lintah? apa pendapat korang eh...coz gua punye parent pun dah terjebak dengan industri lintah melintah nie..tadi baru je lepas tengok anak benih lintah yang baru setahun jagung berenang renang dengan cerianya setelah diberikan habuan ikan keli tiga ke empat ekor. Apa lagi, dapat darah seronoklah diorang(betul ker di'orang')..hmm..x taula macamana perkembangannya lepas nie..harap2 menjadi lah...kata orang, bisnes lintah ni bleh untung kalau betul2 buat..harap2 bgitulah hendaknya...lalala...lintah oh lintah..lala lintah darat..opss...

BEBAS TAPI TERBABAS

By Jimmy@Su.Next on 9:53 PM

comments (0)

Filed Under:

YARHHH...aku dah free skarang...sume benda2 yang berserabut dalam kepala otak ni dah lepas semua..berakhirlah sudah semester 4 aku di degree...skarang tengah rehat2 tuk menuggu latihan praktikal bulan 5 ni plak..Aduh..tapi yang x bestnya Arsenal kalah la semalam dengan MU..hampeh tul..hehe..Kalau korang nk tau, gua ni peminat Arsenal sejak kecil..isk2...tapi takpe..ada second leg lagi..all da best for the Gunners..golllllllll....!!!

EHMMM..CINTA2...

By Jimmy@Su.Next on 11:03 PM

comments (0)

Filed Under:

adeh...tensen nye hti ini...( hati bleh tensen ker)..tak kisahla ape pun, yang pasti hari ni gua terasa tul..orang just nak amik berat pasal dia, tau2 kita balik yang kena marah, tak pasal2 majuk..haiii...nasib la nasib...kalau selalu macam ni jer, tak ker bergegar kesetiaan, goyah kejujuran dan retak perhubungan...memanglah sukar nak memahami hati yang saling berbeza cara dan pendekatan, ianya perlukan masa untuk mekar mengharum dengan sempurna. Sebab itu ianya perlu dibaja dengan kasih sayang setiap masa, disiram dengan keikhlasan dari hati yang tulus. Haii...tahla..tak tau nak tulis per...'mood' pun lari lah...jumpa lagi.... zassss.....

MAY-GADIS BERTUDUNG PUTIH

By Jimmy@Su.Next on 1:56 AM

comments (0)

Filed Under:

Sekadar mahu kongsi bersama korang sume..Gua minat giler layan video live May lagu Gadis Bertudung Putih nie..Tak taula nape...cam best jer dorang wat unplugged..pape pun, layannnn...

LEGA SKET...SKET JELA..

By Jimmy@Su.Next on 7:00 PM

comments (0)

Filed Under:

arghhhh...
tnang sket minda yang berserabut 3, 4 ari nie...mana taknye siang dengan malam pun dah tak kenal..semuanya gara-gara menyiapkan work untuk subject 'project management and application' tempoh hari. Bukanlah bermakna kerja da habis..isk2..tidak2....mana mungkin semua ini berakhir...tapi sekurang kurangnya dah setel la keje yang agak leceh untuk sem nie..lepas ni ada lagi dua asgment untuk disubmit dan ada satu final paper..ayarkk..continue lagi....journey to the west...hehe...:)

PAGI INI

By Jimmy@Su.Next on 5:23 PM

comments (0)

Filed Under:

Urmmm...haaa...
Pagi ini, satu permulaan yang baik bagi aku..Bangun seawal jam 6 pagi bukanlah sesuatu yang mudah bagiku, tapi pagi ini aku berjaya melakukannya.hehe..Sekarang aku duduk di depan laptop sedang mencari 'tune' untuk memulakan kerja. Sememangnya hujung sem seperti ini kerja yang menggunung sudah menjadi satu lumrah bagiku dan juga rakan2 seangkatan, tambah memeritkan bila aku baru je dapat tau yang projek terdekat untuk disubmit pada minggu ini bukanlah pada hari Jumaat sebaliknya pada hari Khamis. Aduhh, satu tamparan hebat kerana mati mati aku fikirkan sumbit hari Jumaat.Hampeh2....ianya menjadi satu tamparan hebat kerana masih banyak item2 yang belum disiapkan(biasala..akibat buat kerja last minute). Jadi, selepas saja tamat post pada pagi ini aku akan menggelupur+kelam kabut menyiapkan kerja2 yang masih belum terlaksana. Jadi, harapan aku kepada semua, belajarlah menghargai masa kerana masa yang telah berlalu tidak dapat diundur kembali.wassalam.......

Salam Perkenalan

By Jimmy@Su.Next on 6:39 PM

comments (0)

Filed Under:

Salam perkenalan kepada semua pengunjung yang telah ataupun sedang mahupun bakal melawati blog ini. Selamat datang diucapkan kepada anda semua. Blog ini adalah sebuah blog peribadi dimana pelbagai perkara tentang kehidupan seharian yang rasmi dan tak rasmi akan dikongsikan disini.ya..,semuanya disini.hehe.. Kepada rakan-rakan, sahabat handai, teman sekelas mahupun serumah atau sesiapa saja, anda semua dipersilakan untuk menyertai pergaulan dan persaudaraan ini. Apa saja topik tentang masalah sehari hari bolehlah diketengahkan dan diketepikan untuk tatapan semua pembaca.

Namun harus diingat, walaupun segala perbualan, pertukaran pendapat, dan perkongsian adalah tidak dibatasi oleh ke'formal'an, tetapi tatasusila sebagai manusia yang waras haruslah dijaga agar tidak ada yang membandingkan dengan haiwan mahupun alien kelak. Sendi sendi diri seperti saya, aku, gua, hamba, adik, abang, beta dan sebagainya akan digunakan dengan meluasnya tanpa ada kekangan pihak ketiga mahupun ketigabelas. Jadi, semua golongan termasuklah makcik, pakcik, kak Jah, Pak Munawir, Pak Ucu juga turut dialu alukan untuk memberikan pandangan dan kata dua terhadap setiap post yang bakal dilemparkan kelak. Tidak timbul isu terasa hati, tidak ada pergolakan, tiada juga komplot yang bakal berlaku selagi semua faham diri sendiri dan saling hormat menghormati sesama insan. Segalanya adalah bebas, yaaa...bebas..kerana apa? kerana semuanya datang dari...datang 'dari meja Si Jimmy'...layannnnnnn.....