Salam Perkenalan

By Jimmy@Su.Next on 6:39 PM

Filed Under:

Salam perkenalan kepada semua pengunjung yang telah ataupun sedang mahupun bakal melawati blog ini. Selamat datang diucapkan kepada anda semua. Blog ini adalah sebuah blog peribadi dimana pelbagai perkara tentang kehidupan seharian yang rasmi dan tak rasmi akan dikongsikan disini.ya..,semuanya disini.hehe.. Kepada rakan-rakan, sahabat handai, teman sekelas mahupun serumah atau sesiapa saja, anda semua dipersilakan untuk menyertai pergaulan dan persaudaraan ini. Apa saja topik tentang masalah sehari hari bolehlah diketengahkan dan diketepikan untuk tatapan semua pembaca.

Namun harus diingat, walaupun segala perbualan, pertukaran pendapat, dan perkongsian adalah tidak dibatasi oleh ke'formal'an, tetapi tatasusila sebagai manusia yang waras haruslah dijaga agar tidak ada yang membandingkan dengan haiwan mahupun alien kelak. Sendi sendi diri seperti saya, aku, gua, hamba, adik, abang, beta dan sebagainya akan digunakan dengan meluasnya tanpa ada kekangan pihak ketiga mahupun ketigabelas. Jadi, semua golongan termasuklah makcik, pakcik, kak Jah, Pak Munawir, Pak Ucu juga turut dialu alukan untuk memberikan pandangan dan kata dua terhadap setiap post yang bakal dilemparkan kelak. Tidak timbul isu terasa hati, tidak ada pergolakan, tiada juga komplot yang bakal berlaku selagi semua faham diri sendiri dan saling hormat menghormati sesama insan. Segalanya adalah bebas, yaaa...bebas..kerana apa? kerana semuanya datang dari...datang 'dari meja Si Jimmy'...layannnnnnn.....

0 comments for this post