adeh...tensen nye hti ini...( hati bleh tensen ker)..tak kisahla ape pun, yang pasti hari ni gua terasa tul..orang just nak amik berat pasal dia, tau2 kita balik yang kena marah, tak pasal2 majuk..haiii...nasib la nasib...kalau selalu macam ni jer, tak ker bergegar kesetiaan, goyah kejujuran dan retak perhubungan...memanglah sukar nak memahami hati yang saling berbeza cara dan pendekatan, ianya perlukan masa untuk mekar mengharum dengan sempurna. Sebab itu ianya perlu dibaja dengan kasih sayang setiap masa, disiram dengan keikhlasan dari hati yang tulus. Haii...tahla..tak tau nak tulis per...'mood' pun lari lah...jumpa lagi.... zassss.....
Sekadar mahu kongsi bersama korang sume..Gua minat giler layan video live May lagu Gadis Bertudung Putih nie..Tak taula nape...cam best jer dorang wat unplugged..pape pun, layannnn...
arghhhh...
tnang sket minda yang berserabut 3, 4 ari nie...mana taknye siang dengan malam pun dah tak kenal..semuanya gara-gara menyiapkan work untuk subject 'project management and application' tempoh hari. Bukanlah bermakna kerja da habis..isk2..tidak2....mana mungkin semua ini berakhir...tapi sekurang kurangnya dah setel la keje yang agak leceh untuk sem nie..lepas ni ada lagi dua asgment untuk disubmit dan ada satu final paper..ayarkk..continue lagi....journey to the west...hehe...:)
Pagi ini, satu permulaan yang baik bagi aku..Bangun seawal jam 6 pagi bukanlah sesuatu yang mudah bagiku, tapi pagi ini aku berjaya melakukannya.hehe..Sekarang aku duduk di depan laptop sedang mencari 'tune' untuk memulakan kerja. Sememangnya hujung sem seperti ini kerja yang menggunung sudah menjadi satu lumrah bagiku dan juga rakan2 seangkatan, tambah memeritkan bila aku baru je dapat tau yang projek terdekat untuk disubmit pada minggu ini bukanlah pada hari Jumaat sebaliknya pada hari Khamis. Aduhh, satu tamparan hebat kerana mati mati aku fikirkan sumbit hari Jumaat.Hampeh2....ianya menjadi satu tamparan hebat kerana masih banyak item2 yang belum disiapkan(biasala..akibat buat kerja last minute). Jadi, selepas saja tamat post pada pagi ini aku akan menggelupur+kelam kabut menyiapkan kerja2 yang masih belum terlaksana. Jadi, harapan aku kepada semua, belajarlah menghargai masa kerana masa yang telah berlalu tidak dapat diundur kembali.wassalam.......
Namun harus diingat, walaupun segala perbualan, pertukaran pendapat, dan perkongsian adalah tidak dibatasi oleh ke'formal'an, tetapi tatasusila sebagai manusia yang waras haruslah dijaga agar tidak ada yang membandingkan dengan haiwan mahupun alien kelak. Sendi sendi diri seperti saya, aku, gua, hamba, adik, abang, beta dan sebagainya akan digunakan dengan meluasnya tanpa ada kekangan pihak ketiga mahupun ketigabelas. Jadi, semua golongan termasuklah makcik, pakcik, kak Jah, Pak Munawir, Pak Ucu juga turut dialu alukan untuk memberikan pandangan dan kata dua terhadap setiap post yang bakal dilemparkan kelak. Tidak timbul isu terasa hati, tidak ada pergolakan, tiada juga komplot yang bakal berlaku selagi semua faham diri sendiri dan saling hormat menghormati sesama insan. Segalanya adalah bebas, yaaa...bebas..kerana apa? kerana semuanya datang dari...datang 'dari meja Si Jimmy'...layannnnnnn.....