PAGI INI

By Jimmy@Su.Next on 5:23 PM

Filed Under:

Urmmm...haaa...
Pagi ini, satu permulaan yang baik bagi aku..Bangun seawal jam 6 pagi bukanlah sesuatu yang mudah bagiku, tapi pagi ini aku berjaya melakukannya.hehe..Sekarang aku duduk di depan laptop sedang mencari 'tune' untuk memulakan kerja. Sememangnya hujung sem seperti ini kerja yang menggunung sudah menjadi satu lumrah bagiku dan juga rakan2 seangkatan, tambah memeritkan bila aku baru je dapat tau yang projek terdekat untuk disubmit pada minggu ini bukanlah pada hari Jumaat sebaliknya pada hari Khamis. Aduhh, satu tamparan hebat kerana mati mati aku fikirkan sumbit hari Jumaat.Hampeh2....ianya menjadi satu tamparan hebat kerana masih banyak item2 yang belum disiapkan(biasala..akibat buat kerja last minute). Jadi, selepas saja tamat post pada pagi ini aku akan menggelupur+kelam kabut menyiapkan kerja2 yang masih belum terlaksana. Jadi, harapan aku kepada semua, belajarlah menghargai masa kerana masa yang telah berlalu tidak dapat diundur kembali.wassalam.......

0 comments for this post